Monday, June 27, 2011

Dekat nak sebulan dah...

Bismillahirrahmanirrahim....

sedar tak sedar da masuk minggu ke empat minggu dan nie dan hari nie telah menunjukkan hari yang ke-19 aku duduk ofis praktikal ku...rasanya nie pengalaman ku berkerja tapi tak buat kerja..huhu.Pening gak bila fikir dan rasa stress bila tak buat pape..mungkin silap diri ku sebab tak bertanya..erm tapi macam mana, bila je aku nak buka mulut nak cari sesiapa untuk di jadikan tempat ku bertanya..aku terus kecut perut dan last-last..aku duduk dekat meja tu buka la benda la..pape online dan sebagainya..just tidur je aku tak berani lagi hehehe...

Alhamdulillah..ari nie dan jumaat minggu lepas ada improvement (bkn improvement keja..) dari segi hubungan dengan staff kat sana aku da star dekat dan kenal dgn Pn Rozana,Pn Salmah dan ari nie Kak Nita..kalau seblum nie dgn makcik cleaner j..hukhuk.. yg seronok ari nie..gi seminar ddk dgn kak nita, pastu makan sekali dan gi ikut jalan2 gi GIANT...sepanjang  jalan tu byk benda y kitaorng borang terutama pasal aku lah..(^_^).. macam biasa la background family dan kampung halaman ku jadi bualan hangat..nampak la kak nita excitad nak datang sabah nak jalan2 gi rumah..seriously aku mmg suka kalau ada kawan2 nak dtng umah aku tapi aku segan..tau-tau je la..umah kecik..family pun biasa j..hehe apa lah pandang orng luar ye kalau dtng umah aku nnt, terutama orng semenanjung nie.. kalau compare life aku dgn mereka mmg beza mcm langit dgn bumi..(ish..ish... nmpk sgnt beza dia..) ye la aku nie anak orng miskin ayah bekas buruh emak pulak, berniaga kuih dan gerai makan yg xpernah berkembang2 sejak aku dari sekolah rendah lagi..mcm tu j.. xda untug xda rugi..sentiasa mcm tu..sentiasa berhutang..(bukan nak rendahkan perniagaan keluarga..tapi kena terima seadanya dan perlu fikir anjakan paradigma)..lepas j ikut seminar tadi bylkk ilmu dpt..so aku jgk perlaku fikir "out of the box" to enhance quality of life..(^_^)... selain citer family dan kg citer jgk pasal sejarah silam hidup ku yg tk sebarapa menarik ini.. aku akui sebelum nie aku seorng yg mmg susah nak cerita atau cakap pasal kehidupan ku sbb xda yg menarik dan seronok..tapi bila aku dtng semenanjung nie aku tak nak jdi hipoktrik so aku seronok j cerita..supaya ianya bolah di ambil pengajaran oleh orng lain buakan untuk menaibkan diri sendiri..sebab setiap orng pernah melakukan kesilapan dan setiap kesilapan itu lah mengajar kita untuk menjadi lebih baik..harapan ku semoga hubungan yang terbina ini akan lebih mesra dan membuahkan hasil serta iannya menjadi pemula untuk episod hidupku akan datang...(^_^)

semoga diri ini kuat dan sabar
semoga diri ini teguh dan kukuh
semoga aku bisa dan mampu menhadapi semua dugaan..
agar aku tidak gugur dan tersungkur...
SALAM PERJUANGAN BUAT DIRI KU DALAM MENULUSURI KEHIDUPAN INI....(^_^)

Saturday, June 4, 2011

belajar unuk bersabar...

lepas duk tenung resepi-resepi aku rasa lapar pulak..lagi-lagi bila tengok ketam masak lemak..mak ai.. rasanya last sekali ku makan ketam masa pulan puasa tahun lepas sebab balik sabah..duduk semenanjung mimpi je la aku makan ketam..huhu...
dengan keadaan praktikal tak da elaun, nak beli tiket balik sabah lagi..aku memang kena belajar untuk bertahan dan menahan nafsu makan ku..hukhuk...(T_T)..jimat cermat...duit yang ada nie tak menjamin dapat sampai habis praktikal past nie..adalah mangsa-mangsa keadaan ku untuk tampung duit belanja nie..
Nie la hidup diperantauan..lagi-lagi sebagai wanita..kalau anak lelaki mungkin ya aku berani la mau buat part time dan bertenaga..nie da duduk jauh-jauh dari family nie kena jaga diri,maruah dan agama...agar tak jadi fitnah dan erlencong enah kemana.. pape pun aku sabar buat masa nie... hari nie [un just makan bubur..kad bank ada dekat kawan kea simpan...da la ..nak ido da.. so boleh mimpi makan ketap goreng pulak..nyum..nyum..(^_^)

Rehat...cari resepi CHEESE cake

AlhamdulilLAH...aku masih lagi diberi keringanan untuk mengisi ruang dalam blog nie.. hari nie aku cuti dan rasa memang rehat sepenuhnya la.. apa tak lepas j zohor makan then tidur..sampai la kemaghrib lepas maghrib sambung lagi samapai la pukul 9 lebih..isk..isk nie la tewas dengan nafsu..
da kelmarin malam duk layan komic...lama da tak baca..(^_^)..
hari nie rutin ku hanya duduk berehat di bilik..keluar malas ( alasan j..nak jimat duit).... so duduk kat bilik malas duk ngadap lapop tu yang tido.. then malamnie pula aku teruja dengan resepi masakan.. aku memang ak pandai masak tapi teringin nak belajar nie tak sabar ada rumah sendiri, nie kumpul resepi insyaALLAH balik umah boleh try.. dan resepi utama yang aku terpika ialah cheese kek..(^_^) mungkin kos dia agak besar insyaALLAH klu ada rezeki... so sini aku nakk kongsi resepi yang ku dapat:

*****************************************

Resepi Blueberry Cheese Cake...

Blueberry Cheese Cake Yang Menjadi Pujaan ramai.

Ececeee.. Perasan..!!


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... akhirnya. Berjaya juga diri ini menggagahkan diri untuk menaip entry resepi Blueberry Cheese Cake. Kesian buat semua yang masuk blog ini hanya dapat menatap gambar. Dalam hati duk terdetik. ' Bila la bibik ni nak menggoreng entry ye..?' hehehe.

Mana yang dah rasa cheese cake ni, boleh la panjang-panjangkan langkah untuk mencuba pula ye. =)
Ok. Kali ni saya akan kongsi resepi ni satu persatu. Macamana saya belajar, itulah yang akan saya kongsikan bersama. Takda sorok-sorok petua punyalah. Biar semua orang dapat merasa cheese cake yang sama kami makan. Yang pasti air tangan berbezalah kan. ngeh ngeh ngeh.


Bismillahirrahmanirrahim...




Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...


1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain. Tok guru saya ajar pakai jenama ni. Anak murid pun patuh je. Baik cikgu..!! Jadi korang nak jadi anak murid yang baik. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.

1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka. 

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.


Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Saya rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye. 



Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.



Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.



Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Ini petua tok guru yang saya tengok sendiri dia buat. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan. 


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya. 



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.



Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah.


Psstt.. gambar diatas bukanlah teknik waterbath yang betul. Itu kami pandai-pandai je mengubahsuai kaedah waterbath. Hehehh. Hasilnya memang CRACK. =D


Tips dari bibik :

Selepas mencuba membakar dan melihat hasil ketiga-tiga biji cheese cake dalam masa 1 hari. Saya rasa suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa. 


****************************

menarik dan interisting..tabik spring la degan akak nie.. sebab teror masak
nie yang aku rasa tak sabar duduk umah sendiri dan masak-masak..(^_^)

Thursday, June 2, 2011

baru MULA...

AlhamdulilLAH..hari nie second day...syukur akhirnya penantian selama sebulan,round kampus dan ulang alik ke fakulti baru la.. dipanggil untuk start praktikal. walaupun ada perasaan terkilan pada awalnya namun redha dengan ketentuanya dan belajar untuk menjadi sabar..
Seperti biasa di permulaaan aku memang kekok dan segan untuk berhadapan dengan orang baru dan enviroment baru. situasi nie tak sama dengan tempat belajar, tempat nie orang2 dia lebih pengalaman,lebih matang dan cara berfikir lain.. mungkin aku masih dalam kepompong diri sendiri..belum berani untuk keluar dan cuma melihat tapi pape pun satu masa aku perlu jugak keluar untuk menebarkan sayap dan meliha dunia dengan lebih luas dan jauh...
 Masa first day, kelmarin aku lapor diri..dekaT sejam tunggu kerani untuk lapor diri masa tu aku duduk dekat ruang menunggu, dan depan tu staff yang rasanya berpangkat tinggi dan berpengalaman melihat dari rupa dan usia mereka.. aku ni yang baru nak melaporkan diri dan cuma praktikal kot..rasa malu dan segan duduk depan mereka nak angkat muka pun segan..
 Masa aku jumpa  supervisor untuk praktikal nie aku tak rasa pape pun, ok j..malah bila dengar penerangan tentang skop keja aku jadi excited jugak la..syukur  jugak aku dapat praktikal disitu..itu yg dalam otak ku.. then bila da dpt meja ku dan task.. about drawing for electrical..aku makin excited..tapi masa aku duduk kat meja ku tu.. memang aku berganjak sampai la waktu rehat tengah hari aku duduk dan dok menghadap drawing tu..satu mende pun tak faham..huhu... then aku tak tahu macam mana nak tegur staff lain bila ku tengok muka..tak  boleh ku cakap masa tu aku rasa segan dan kerdil sangat diri ni...
waktu petang tu..aku dok sambung jugak baca drawing..masa ni adalah jugak staf tegur dok tanya " nie studen praktikal k?"...aku pun jawap la" ya" dan hanya senyuman jak dapat ku hadiahkan..kalau nak cakap lebih-lebih memnag berat la rasa lidah nie. Kemudian kak nita..nampak macam peramah duk jeguk-jenguk aku dan bagitau pape tentang pejabat dan kemudahan di sana. Staff lain aku rasa memang tak da keberanian nak tegur..teringin jugak nak perkenalkan diri...tapi memang aku tak tahu macam mana.. sebab nie la first time aku kerja tempat yang formal..memang tak masuk dalam jiwa..
Sampai aku da berkira-kira tentang diri ku memeng kalau masa aku mungkin tak leh masuk keja tempat macam nie, suasana keja pejabat yang formal..aku kalau boleh sempoi j.. macam kerja kolej dulu..(^_^).. kalau bukan sebab praktikal nie wajib memang aku tak nak, aku memang tak confident, lagi-lagi aku jadi macam orang yang skema dan pendiam..memang menyedihkan lah..(T_T)... da lah start lambat.. classmate lain da masuk 3-4 minggu da tinggal separuh lagi mereka nak habais kan aku nie..macam terkapai-kapai j.. namun apakan daya ku..aku merancang dan ALLAH jugak merancang..tapi perancangan ALLAH itu lebih baik..
hari pulak, macam kelmarin lah..aku duduk sorang2..atas meja duk menung kertad yang enah berapa kali aku jenguk..sejam lepas tu aku jumpa Supervisor ku..dan dia bagi aku task supaya tengok as built projek... faham dan lihat flow dia, masa duk baca dan tenung satu mende pun tak faham..sampai la sorang EN ni tegur dan explaine dekat aku baru la ku faham...(^_^)...kalau tak macam apa j aku..aku duduk menung... dia pesan supaya tanya deka sesiapa engineer..kalau tak faham, mak aik aku nie memeang berat mulut la.. walaupun hai meronta-ronta nak bertanya tapi derita memanjang sebab tak tahu dengan siapa nak bertanya..aku nie memamng masalah betul la.. isk.. nie yang susah dapat ilimu.. setelah ku keboringan petang tu, bila ku tgk sudah pukul 5.00ptng aku terus jumpa supervisor dan tanya soalan denka dia.walaupun masih tak puas hati dengan jawapan tapi rasa lega sebab dapat bertanya... pape pun aku kena belajar untuk menjadi mesra dengan orang supaya tak ketinggalan...
" orang yang rugi adalahlah orang yang tidak bertanya bila tak tahu.."
Semoga dengan permulaan yang agak perit nie memberi imbalan yang manis di penghujungnya, semoga Allah sentiasa mendidik dan melatih diriku agar sentiasa bersabar dan tenang dalam menerima segala yang berlaku ini..AMIIN..insyaALLAH...(^_^)