Sunday, May 8, 2011

Ku Serah Segalanya Pada-MU...

Assalamualaikum...
AlhamdulilLAH...3hb lepas paper ku terakhir..dan nie bermaksud selesai sudah tugas ku untuk semester ini...
setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNYA...sebab aku merasai kelapang yang begitu menakjubkan tak pernah kurasai sebelum nie setelah habis paper, satu perasaan seperti satubeban bera yang terlepas dari pundakku...sebabnya kalau sebelum nie macam-macam yang akan ku fikir dan kemungkinan yang ku jangka untuk semester akan datang,sebab takut dengan resul yang akan keluar.. kali nie perasaan ku berbeza result yang keluar nanti aku sedia terima baik atau sebaliknnya..apa yang penting aku da berusaha untuk sem nie....

Tapi ujian ALLAH itu tidak pernah sepi dalam kehidupan ku..lepas final exam nie..aku perlu fikir untuk tugasan seterusnya, iaiu nak kemas barang,simpan barang kat mana?tempat praktikal? tempat tinggal untuk praktikal? duit makan&kos?macam mana menhadapi situasi bekerja nanti? erm...suma nie serabaut dekat kepala... alhamdulilLAH...lepas 2 hari ku kemas barang.. separuh darinya da settle... siapa aku untuk menentukan segalanya... ALLAH uji dengan sesuatu yang aku sendiri tak duga, dalam kesibukkan ku untuk atur barang dan fikir kan suma benda nie, tetibanya masalah tempat praktikal pulak xdapat surat confirmation&contact madam pun tak dapat... dalam hati ku yang meronta-ronta nie..aku cuba tenang dan selesaikan perkara lain..namun ALLAH itu MAHA BERKUASA...mengatur segalanya untuk hambaNYA....ALLAH uji aku jatuh tangga menyebabkan kaki terseliuh dan dah tiga hari berkurung dekat bilik tak kemana-mana... lagi merisaukan masa untuk buat clearence kolej lagi 2 hari..rasa macam serabut jugak..fikir praktikal dan tempat tinggal selepas 2 hari nie.. mungkin tempat tinggal aku tak bimbang..cumanya barang aku yang banyak nie sape sanggup untuk angkut barang nie dan macam mana aku nak setlekan tempat praktikal ku..dengan kaki ku macam nie... sedang esok sepatutnya da start.. 

Apa yang menimpa ku ini mungkin satu pengajaran dari ALLAH...mungkin sebab kelekaan ku sendiri,buat kerja last minute, tidak yakin dengan keputusan dan lalai dalam mengingatiNYA...bukan suma yang kita rancang itu akan dapat kita laksanakan sebab nya kita merancang dan ALLAH juga merancang...namun aku sendiri tidak sedar bahawa perancangkan ALLAH itu adalah suatu yang terbaik dan aku harus berbaik sangka dengan suma ujian ini dan redha dengan segalanya berlaku...apa yang penting hari akan datang perlu dilalui dengan sentiasa mengingatinya dan menharap pertolonganNYA...

Begitu hebat perancangan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk-nya di muka bumi . .

Oleh itu,kita perlu menerima setiap perkara yang terjadi dengan perasaan redha serta sabar . .

Semua itu adalah perancangan dan ketentuan Allah ke atas diri kita . .

Kita boleh merancang,Allah juga merancang,namun perancangan Allah lebih bijaksana dan adil . . .
(kata-kata nie kudapat dari inbox dekat FB seorang sahabat kirim...uumtuk renungan diri sendiri)

sepotong ayat AL-QURAN yang paling aku gemari 

‎"Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu.."( SURAH MUHAMMAD: ayat 31)

YA ALLAH SEMOGA ENGKAU PERMUDAHKA SEGALA URUSAN KU..SESUNGGUHNYA KEPADA MU KUBERSERAH DAN MEMOHON PERTOLONGAN.....(T_T)