Sunday, January 30, 2011

sunyinya..

Assalamualaikum..

Bermula semalam..kampus sudah semakin sunyi..dan kesunyian terasa bila sahabat-sahabat da tiada disisi sunyinya. Hujan pulakk turun tak henti-henti sepanjang hari..sejak pagi tadi, sampaikan lepas subuh, duduk borak2 dengan Atiq dan makan Roti + Tuna..nyum..nyum.. entah la, walaupun Atiq adik tapi aku kagum dengan sifat dia yang sanga perihatin dan tegas.. kadang-kadang malu  pulak diri sendiri yang lebih tua tapi bersifat keanak-anakkan dan tak matang..dengan sikap Atiq tu buat aku tak segan dan mudah sembang dengan dia, adakala citer lama yang ku pendam dan tak siapa tahu aku boleh citer dengan dia..betapa bertuahnya aku memiliki dan bertemu dengan Atiq, bila leka ada yang mengingatkan..dan ada sesuatu kebaikan di ajak sekali.. betapa beruntungnya ALLAH memberikan kurniaan ini...

sepanjang hari nie..aku just duduk atas tilam tidur dan layan kartun, kemalas yang memuncak dengan cuaca yang sejuk dan suram , kadang2 tu lagho juga..duk layan internet nie..erm..malas nak keluar..menyebabkan maggie menjadi mangsa perut yang lapar tambah dengan koko RADIX..hehe..nyum..nyum.. mmg sodap..

sambil tu baca my metro rasanya da lama tak alert dengan isu semasa.. bila on9 asyik2 fb dan dari fb terbaca berita terbaru..tentang daerah tempatku ku membesar, banjir teruk, tanah runtuh dan kematian.. masyaALLAH... semua atas kekuasaan ALLAH..sepanjang aku duduk Sandakan tak pernah lagi kejadiaan ini.. bandar sandakan banjir lumpur, first time la aku tengok, keadaan nie menambahkan kerisauaan ku dengan kedua orang tua ku.. handphone pula rosak masuk air semalam.. tak leh nak ON.

Alhamdulillah ada hf lama, lepas  maghrib aku baca yasiin, lk..Rindu dengan mak, bila tengok orang lain balik kg terasa makin rindu dengan family.Lepas tu baru call,Mak cakap, mereka ok j,,mmg keadaan sandakan teruk sekarang nie dan tapi 2, 3hari lepas mak masuk hospital kena tahan.. ya ALLAH sedihnya bila dengar berita nie..sbbnya adik-beradik tak dekat umah, cuma ayah dan mak.. rasa bersalah sangat tiba2 j rasa nak balik,bila dengar berita nie makin terasa rindu dengan family...
Ya Allah lindungilah kedua IBU BAPA ku..adik-beradikku,sahabat2 ku dan seluruh umat islam di sandakan, palestin dan seluruh dunia..(T_T)

LETIHNYA...

SALAM ALAIYKH..
Hari nie...aku join satu program pengembaraan..dan sangat meletihkan, program yang diadakan oleh rakan-rakan seperjuagan ku dan aku mejadi peserta..seronok sebabnya dapat pengalaman baru dapat kenal orang baru.. pengembaraan ini memang meletihkan..sebabnya berjalan jauh,sedangkan sebelum nie..pegi tempat nie naik kenderaan tapi kali nie hanya berjalan kaki..huhu..memeang rasa gila la..kalau fikir..
tapi sepanjang program nie, ada juga rasa tak puas hati dengan ahli group lelaki sangat pentingkan diri.. dan semuanya perlu willing dari peserta perempuan untuk buat, sahabat yang tak sihat tak fikir jalan cepat j..erm geram juga kalau tengok. tapi itu lah hakikat yang perlu di terima. dan ketika nie lah mengenali mereka..
Apa pun ini ada la pengalaman baru dan menjadi salah satu 'MY JOURNEY".. insyaALLAH program yang ku iku nie penuh dengan pengisiaan yang membuatku lebih menilai dan mengenali diri sendiri..  semoga bererusan lagi di hari mendatang..TAHNIAH buat teman-teman ku sekalain..u all is the best..(^_^)

Saturday, January 29, 2011

Disini permulaannya...

Assalamualaikum....

Bermula hari ini, buat aku mewujudkan blog ini, sebab pelbagai cerita dan perjalan hidup yang aku lalui nak di ceritakan disini... suka duka dan luahan perasaan dalam aku melalui kehidupan seharian..
Penat, letih,ketawa,marah,sedih gembira..apa-apalah yang boleh ku cerita..mungkin juga blog nie menjadi tempat aku mengisi masa lapang,bercerita dan merapu apa j..(^_^)kalau taip pape menda dk blog nie, tak da la boring dari cakap sorang2 nnt orang fikir giler pulak.....
semoga permulaan ini akan disusuli dengan macam2 cerita perjalan hidup yang dilalui, untuk meceriakan lagi blog ini..(^_^)